TIPS TEMUDUGA KE UNIVERSITI (INTERVIEW FOR DEGREE)
Holla. Dua hari yang lepas keputusan permohonan UPU keluar 3hb8, jam 12pm. scary ke? tak la.. awal2 tak rse pape tapi bile tunggu lagi setengah jam nak pkul 12pm tu debau hawau. hahaaa mse tu la dok pikir mcm2 kalau dpt kos yang tak minat acano haa sume la. first choice aq UPM(Universiti Putra Malaysia). den pun mmg tak berharap sgt dapat U ni sebab sepupu aq budak UPM, dia kata susah nak nak diterima masuk untuk degree in architecture kat UPM. bidang Architecture di UPM pun top 29th dalam ranking dunia sbb masa aq pi interview dulu diorang ade briefing pasal kos ni kat situ. tp Alhamdulillah sis dapat sambung ke UPM kos Architecture. syukur sangat ada rezeki kat kos dan U yang kite minat ~ padahal pointer matrik pulek biase je tak hebat manoi. Alhamdulillah laa nama pun rezeki kann :)
Empat pilihan pertama dalam UPU memang semua aq pilih kos Architecture dan kos ni memang sume ada interview. so disebab kan dapat pulekk diterima masuk ke kos ni kan hehe maksudnye aq berjaya dalam inteview la kan so aq share la sedikit ilmu yang aq tahu untuk dikongsikan bagi korang yang nak pi interview. aq pun tak terer mana tapi aq belajar dari kesilapan. antara interview yang aq pergi macam IPG(guru agama hahaaa mse lepasan form5), UPM, UKM, UMK dan UiTM(degree in architecture).
dan haruslah mcm2 aq dpt. first yg den dapat ialah pengalaman dan sume tu kite jadikkan pengajaran ye, yang salah jgn buat lagi, yang baik boleh diteruskan dan diperbaiki untuk jadi lebih baik. next, perasaan pun macam2. tetibe down, hepi, nervous takyah crite. lastly, kawan baru. best juga sbb mse ni jmpe pelbagai ragam manusia dari pelbagai umur dan mostly memang truih lost contact lepaas interview hahaaa. sekejapun ajaa berkenalan. okey so down below aq akan kongsikan tips untuk interview ini umum means tak terhad untuk architecture shaja.. n aq harap sangat entri kali ni sedikit sebanyak akan tolong korang masa temuduga tu nanti. di sini aku sertakan tiga pembahagian iaitu pemakaian, tatatertib dan komunikasi ok so here we go :)
1. PEMAKAIAN :
.
#BAJU
Perempuan : Baju kurung atau kemeja yang simple dan sopan. maksudnye yang tak vouge sgt, stylish sangat dan seksi. wlaupun dlm almari baju korang penuh baju trend2 meletup tebabom pnye zaman kini tapi untuk pergi interview korang pilih la baju yang simple shaja. kalau baju plain (takde corak) lagi bagus berbanding yang berbunga2 berdaun, corak abstrak dll. ingat keep it simple ye hahaa lagipun korang bukan nak pegi nterview untuk jadi model ka penyanyi kan. kalau nak yang bercorak jugak, aq sarankan yang corak bunga2 kecil je okeyy molek dah. bagi yang memilih untuk berkemeja korang boleh padankan dengan seluar slack yang longgar tak ketat atau pun skirt yang tidak menjolok mata ye dan seeloknya warna gelap (hitam lagi baguih).
.
Lelaki : Guys memang wajib berkemeja dan long sleeves. mse tunggu turn interview memang pisheng kan panas ke korang boleh lipat(pendekkan) lengan baju tu tapi masa nak interview nanti turunkan dan butang dengan kemas ye. berkemeja haruslah disertakan dengan tali leher(tie) kalau yang plain(takde corak) lagi bagus. corak pada tie korang tu nanti setakat stripes tu okey dah, elakkan dari corak2 yang creepy contoh ? entah ler nakk hahaa.
#WARNA
Perempuan: pilih warna putih, wrna pastel atau wrna2 gelap. huhu ini bagi aq la sebab this colour will keep u humble gitu. elakkan pkai warna yang ceria sngat mcm merah menyala aumm hahaa, kuning diraja ke ataupun apa aje la warna yang terang benderang ni sebab aq ade baca2 juga dlm ilmu psikologi, wrna2 gelap mcm coklat, biru gelap, hitam, oren gelap ke akan nampak korang lebih berprofesional. bole caye ke? ini tips ye hahaa so terserah mu la nak ikut ke idokk. wrna pastel pula wrna2 yang lembut, macam kelabu, coklat lembut, biru laut, hijau pastel.
.
Lelaki : gue amat menyarankan korang pilih warna putih kerana putih itu bersih dan suci walau pun diri sebenar ? lols okey tak. gurau je. wrna putih menampakkan korang fresh, dan humble. tapi hati2 masa tengah makan sebab wrna ni mmg senang nmpk kotor kalau ada2 mkanan terlekat nanti. so beware ye. kalau korang tak minat putih, atau pakai putih buat korang rasa kurang konfiden sokay, pakai la warna2 gelap. contohnye hitam atau biru gelap.
#RAMBUT
Perempuan : Saya sarankan bagi perempuan(free hair) sebelum pergi interview tu bole pkai hair conditioner sikit. sebab this will help yur hair look shinning, sihat, lembut gitu kan. bagi yang berambut pendek korang boleh sikat kemas2 buat belahan tepi bole, nak belah tengah bole. tak kesah yang penting korang konfiden. elakkan pkai cekak rambut tapi kalau rasa rimas sebab mungkin rambut bahagian depan korang suka terjuntai2 korang bole sepet pakai penyepit rambut la takkan pkai pnyepit baju pula huhu. okey bagi yang rambut panjang paling simple ikat pony tail kat belakang atau nak buat siput pun bole, buat la kemas2 siput sekor kat blakang kepala. walaupun korang mmg seorang yang trendy, stylish bab2 rambut terror nak buat stail Bollywood ke Korea ke this is not the time untuk korang menyerlahkan bakat korang tu ye hahaa ingat keep it simple as possible.
.
Lelaki : stail rmbut laki den tak tahu. korang sikat je la kemas2. kalau yang gemar bela rambut panjang tu aq sarankan gunting je la. esok lusa panjang jugakkan. tapi kalau sayang sangat part belakang tu ikatla kemas2, jgn nmpak mcm rockers pula pergi interview nanti. pasal stail rambut sukatila sikat tepi ke tengah belakang ke antara ke haa lantakmu laa asalkan nmpak kemas dan nmpak profesional.
#TUDUNG
Tudung pula seelok2 nye aq sarankan pakai tudung bawal. sebab tak dinafikan pemakaian tudung bawal memang akan nampakkan korang lebih simple dan humble. gaya tudung bawal tu nanti buat trend yang biasa2 aje ye sama ada style rama2 ataupun yang pin atas kepala tu satu. kalau ada trend pari2 ke princess ke kerbau ke lembu tu bole la simpan. gayakan nanti masa korang pegi dinner ke hehe. tapi ada orang yang tak suka pakai tudung bawal. ada yang lebih prefer shawl. tak kesah. pakai la ape2 yang penting korang selesa dan konfiden ye.
#KASUT
Kasut. pastikan kasut korang bertutup. wajib ! jgn pkai sandal please. sebab pemakaian untuk ke temuduga memang kena nampak formal. dan mmg sedia maklum jenis kasut yang bertutup je yang akan nampak kite formal. dari segi warna kasut tu nanti pakai yang warna gelap. kalau dapat rembat yang hitam lagi cun. bagi yang dah dilahirkan tinggi hahaa pakai shj flat shoes lagi nmpak simple. tapi bg yang kureng tinggi (seperti saya) silalah pakai high heels yg sederhana(0.5cm-3.0cm), itsokay as long as that will make u feel more confident in yurself.
.
Lelaki : bagi lelaki pula menipula kalau nak pakai heel shoes kan, hahaa takpe konfiden je ye. guys dont wear sandal apatah lagi selipar jamban. kennot2 lagipun sehari je berkorban sauk kasut jap takpe, dan bile dah kata kasut tu sedia maklum la tolong pakai stokin ye.
#MAKEUP
Perempuan :bile sebut make up je ada budak perempuan yang akan eksited, gembira dan tak dinafikan ada yang rasa ngeri dan jijik mendengar perkataan makeup hahaa. kemon la korang. make up doesn't mean korang kne pakai maskara, eyeliner, bedak sekolam, gincu merah menyala mcm lampu trafik light huhu. tepek bedak baby johnson sikit pon dikira make up muka ape. tapi bagi perempuan aq memang amat menyarankan masa nak pergi interview sila pakai foundation sket. sbb masa tunggu turn tu lama nak mampuih n korang mestila taknak bile turn jumpe interviewer nanti muka dah berminyak2 kan. korang mesti nak nmpak yg terbaik right. so saya suggest kan light make up, yang pnting nampak natural. no need eyeliner ke gincu merah ke. nak contour muka ke sume. no need. cukup la korang pkai sunblock, foundation dan bedak tipis2 ja. n put on natural lipstick just to keep on moisturizing yur lips.
.
Lelaki : ade ke yang nak pakai foundation ? hahaaa tapi mse aq skola dulu (form5) classmate den boys ni ada dua orang kut they keep their BBCream kat bawah meja hahaaa. mase tu kitorang terkezut beruk la polagi sbb kitorng(girls) pun tak kenal BBCream ape mse tu huhu. kalau ada antara korang yang rse lebih konfiden tepek BBcream tu terserah lah. tapi bagi aq lelaki bare face je dah cukup kacak bergaya lol hahaa tapi bagi yang muka senang berminyak, korang bole sediakan wet tissue atau oil control film dalam beg korang. pastikan bile jumpa interviewer tu nanti korang nampak fresh ! ala2 baby gitu lol takde mknenye. besides, make over la sikit bagi yang ada bela misai ke janggut, jambang. kasik perkemaskan molek2 deh.
#AKSESORI
macam jam tangan ka gelang ka cincin, anting2, rantai, gelang kaki hahaa. bagi aq sume tu buley sahaja tapi cukuplah sekadar satu sahaja. means gelang jgn pkai bnyk2 walaupun korang memang ada segunung gelang emas kat rumah. pilih satu sahaja dan pakai. elakkan yang berbunyik2 mcm yang berloceng sbb korang bukan nak jual aiskrim bukan? hahaaa make it simple aje la. cincin pula aq rse tak perlu unless kalau ko memang tunang orang atau dah berkahwin huhu. sbb nanti interviewer tu mesti attack kalau korang ada cincin nnti dia tanya la bile kawin ke ape so bagi aq baik tak payah pakai lagi sonang. jam tangan sememangnye tiada masalah. pakai je ye. btw kuku jangan lupa potong huhu sebab nampak korang bersih sket dan kemas. kalau kuku cantik bole consider lagi tapi kalau yang melekit berdaki huhu so mohon la ketip siap2 malam sebelum interview tu nanti.
Beg pula bole je bawak. tapi bagi aq cukuplah sekadar bawa fail disisi yg mengandungi dokumen2 penting sahaja, no need beg galas ka, hand bag ke. tapi tak salah pun bawak cuma nanti bila masuk bilik interview nanti letakla dekat sebelah korang bwah kerusi korang. jgn letak atas riba sbb nmpak clumsy nanti.
2.TATATERTIB
Pertama2 nya nanti bile nama korang kena panggil sebelum masuk tu, ketuk pintu dahulu. bile dah berhadapan dengan penemuduga sila sebut ayat ni , "Assalamualaikum tuan, puan boleh saya duduk ? " haa gitu huhu pastu baru duduk ye. atau nak speaking omputih haa translate la sndiri hahaaa. ckp la "Assalamualaikum sir, madam. may I have a seat ?"
#DUDUK
duduk dengan selesa. yang perempuan kepit la kaki tu bagi yang lelaki bole buka kaki sikit tapi jangan kangkang besar2 ye. kalau rasa nak bersilang kaki tak payahla. kalau bole elakkan. sbb bagi aq nampak biadap. lgi pula, tak mati pun kalau kaki korang tak bersilang for that minutes huhu.
.
#JANGAN SANDAR
amboii bersandar tenang sungguh. keep straight yur body. baru nampak bertenaga, rajin, bersemangat dan muda unless kalau korang mmg ada masalah tulang belakang kan so sandar la.
.
#JANGAN GOYANG2 KAKI
elakkan goyang2 kaki. macam ada certain people yang mnghadapi masalah kaki jenis tak reti duduk diam masa duduk (macam saya), tapi just behave la masa ni kontrol seberapa daya usaha tak goyang kaki. sebab goyang2 ni ada dua maksud je first bosan, second mengantuk hahaa.
.
#SENYUM
ini sangat penting. please senyumm. walaupun dalam hati memang nak menangis. senyum je. tapi jgn senyum lebar tersengih ke ape. senyum yang nmpak konfiden la. sebab senyuman akan nmpak korang positif. sape je yang nak student U dye ade masalah kemurungan huhu. so senyum la. n tak perlu pun senyum dari awal interview smpai habis. karang nmpk buang tebiat pula. sambil bercakap sambil tu selitkan dengan senyuman. mana tahu senyuman di wajah korang mampu melembutkan hati si penemu duga kan.
#GERAKKAN TANGAN ANDA
bile bercakap silalah gerakkan tangan ye. sebab pergerakan tangan sambil bercakap ni nampak mcm korang betul2 bersemangat dalam topik yang dibincangkan. be sure jangan menggigil pula hahaa so by now korang boleh practice cakap sambil gerakkan tangan tapi gerak biasa2 je dah la. tak perlu gigih sangat mcm pertandingan bahas pula.
#TATAP MATA PENEMUDUGA
sila pandang mata penemuduga walau pun korang rse nak terkeluar dah biji mata ni . ehh tak senanye, pandang biase2 je jgn tenung sungguh2 mata dia karang dia pikir korang nak santau dia pula hahaa. bile bercakap tu kalau bole keep eyes to eyes dengan mereka. tapi depends jugak sbb ada orang yang jenis bila bercakap sambil pandang mata orang lain dia akan menjadi semakin nervous(contohnye macam aq) so korang boleh je alihkan mata ke bawah atau ke atas untuk elakkan eye contact tapi make sure bukan ke tepi ye. tapi korang kena cuba juga selang selikan dengan tatap mata penemuduga tu walau scary dll. ini ada tips bagi yang tak suka pandang mata orang bila bercakap sebab aq amalkan n aq rasa better dan sngat membantu. tips nye ialah berlatih bercakap depan cermin. sambil tu pandang mata korang sendiri. awal2 mmg korang rase apekah dan blank habis idea. tapi better blank sekarang dari kantoi masa interview nanti. so keep on practicing lama2 nnti inshaaAllah okeyy ja.
.
#PANDANG INTERVIEWEE YANG SEDANG BERCAKAP
Interview nanti kan bole jadi dalam grouping jugakkan, nanti masa interviewee (kawan korang) tgh bercakap pandang lah wajah dia. ini kira macam penghormatan dan juga menunjukkan sikap korang yang suka mendengar pendapat orang lain walaupun mse tu korang senanye kurang bersetuju dengan pandangan kawan korang tu
.
Bile dah habis interview nye. ucapkan terima kasih dan perlahan2 tarik kerusi dan keluar dengan tenang. walaupun dalam hati rasa nak marathon keluar dari bilik tu. kontrol2 dan rilek n dont forget to say ? Alhamdulillah laa huhu
.
3. KOMUNIKASI
Depends kos kau nak interview nye dalam english atau malay. macam aq dulu sume nak speaking english aje. cuma UMK je yang tak kesah. tapi diriku lebih memilih untuk speaking. i dont know korang cane mungkin ada yang lebih selesa berbahasa ibunda kita kan. tapi bagi aq kalau korang okey dalam speaking english so cakap je la. rileks. ini bukan kelas grammar nak check kesalahan korang. yang penting konfiden
#KUAT DAN JELAS
kuat di sini bukanlah bermaksud jerit ye. tapi lantang, bukannye suara macam semut. biasenye masalah ni pada perempuan. it depends on penemu duga kau tu duduk sejauh mana dengan korang. kalau dekat, tak perlulah kuat2, cakap la biase bebaik shj sudah memadai, tapi kalau agak jauh, kena la lantangkan sikit suara. sebab bile suara kite kuat, korang akan rasa lebih konfiden dan interviewer pun akan rasa lebih bersemangat nak dengar korang bercakap. ingat. bukan jerit tau :)
.
#ELAKKAN EMM EMMM
hahah emm emmm biashe la kan nama pun sedang berfikir masa bercakap. tapi perilaku mcm ni nampak korang kurang profesional. bak kata pakcikku bila tengah bercakap dan korang tgh berfikir perkataan yang lebih sesuai ke atau idea elakkan emmm emmm tapi di persilakan berdiam sketika. cara ni nampakkan korang lebih matang dan lebih tenang berbanding ber emm emmm sahaja. lepastu dah tahu nak ckp ape sambung la.
.
#TERUSKAN BERCAKAP, DAN BERCAKAP
Bile korang rasa macam ape bnde soalan penemu duga ni, doesn't makes sense ke ape kan atau pun masa tu korang blank, please, please dan please jangan diam atau tersengih seperti kerang busuk. sebab aq dah pernah rasa. nanti bile interviewing session tamat, korang akan menyesal sbb tak bercakap. percayalah. korang kene ingat peluang korang nak menunjukkan siapa diri korang dan membuatkan diri korang dipilih oleh interviewer, hanyalah beberapa minit so manfaatkan setiap detik seriyes. walaupun rasa mati akal, weh tibai je la. cakap je. sebab at least bile keluar dari bilik tu korang tak menyesal sebab korang tahu korang dah cuba yang terbaik. n sometimes tu korang mmg rasa ahh kennot nyer jawab soklan ni sbb u didn't try. in shaaAllah bile korang mula berkata2 nanti idea2 tu akan datang dengan sendiri.
#SENTIASA BERFIKIR
manfaatkan beberapa minit dalam bilik interview tu untuk korang sentiasa fokus hahaa. walaupun korang sbenarnye seorang yang easy going, atau chillax ke mende tapi masa2 ni korang mmg kene prihatin lebih la. interview session boleh jadi one by one atau pun secara grouping. kalau grouping, sementara menunggu turn kau bercakap otak ko bole la ligat memikirkan idea2 yang baru. kalau one by one masa interviewer tengah bertanya soalan, korang kena fokus dan sentiasa memikirkan idea2 yang bernas untuk dilontarkan nanti.
.
#SENSE OF HUMOR
bagi aq ini kira hebat la kalau korang boleh selitkan lawak2 sikit masa interview tu nanti. sebab kalau korang dah nervous tahap dewa, memang RIP la lawak jenaka ape sume kan hahaaa. tapi bagi aq kalau nak melawak okey je tapi sekali dua cukup la. tak perlu bnyk2 apa lo pikir ini temuduga maharaja lawak ke. dan kalau nak lebih selamat tak payah buat lawak habis crite. dan please jangan gelak terbahak2. adehhh walaupun korang memang jenis kalau ngn member gelak bgaikan jin dan syaiton tapi mohon simpan ye masa interview nanti. sebab gaya gelak pun menunjukkan korang ni profesional ke idok. gelak sopan2 je ye:)
okey la rasa nye itu sahaja. sebab aq dah ngantuk huhu. btw ni ada pesanan keramat untuk korang. bila interview pegang tiga benda ni je. RILEKS, FOKUS & CONFIDENT. aq mmg dok pegang tiga bnde ni je hahaaa walau aq pun jenis yang kalau public speaking atau presentation kat depan kelas , den mudah rasa nervous, malu ape sume tapi bile masa interview lupakan diri anda yang dulu2. masa untuk berubah hahaa. berlakon la jadik seorang yang lebih berkarisma dan profesional walaupun kenyataan nya korang jenis yang bodo2, sengal dan gila hahaa. dan tak dinafikan masa interview dulu Universiti2 memang akan panggil beratus2 student untuk sesuatu kos tapi yang akan dipilih hanya beberapa puluh shj. so persaingan amat penting. Berlakonla untuk sehari. ingat. ini untuk masa depan korang jugak kan.
btw, kalau interviewer tu mintak korang buat ape2 turutkan aje. asalkan tak ekstreme sangat. contohnye masa interview di UPM , arkitek2 tu suruh aq menyanyi wuuu. awal2 tu kata tak kesah lagu pape tapi tetibe salah sorang arkitek tu mintak nasyid. haa walaupun rasa malu dan kalau bole nak sepok je kepala interviewer tu tapi den turutkan jela. so korang pun nanti turutkan aje. sebenarnye diorang saja je nak test korang ni sporting ke idok centu. btw kalau korang nak baca pengalaman masa aq pegi interview Uni2 ni sume ade je dekat entri2 den yang sebelum ni. carikla sendiri hahaa. lastly CONGRATS for those yang berjaya diterima panggilan ke temuduga mana2 Universiti. ingat DO YUR BEST ! n wishing u best of luck n smoge Allah permudahkan urusan korang nanti. Ameen :) Fighting !
No comments:
Post a Comment